PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

SLAID PENCERAMAH PPPK 2010 February 2, 2010

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:50 pm

Berikut merupakan slaid pembentangan penceramah Persidangan Pengurusan & Profesional 2010 yang boleh dimuat turun:

SESI 1

SESI 2

SESI 3

SESI 4

SESI 5

SESI 6

SESI 7

SESI 8

 

COMING SOON…PPUMS AGM 2009 October 1, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 4:00 am

Saya bagi pihak Biro Penerangan PPUMS ingin memohon sejuta kemaafan kerana blog PPUMS ini telah lama bersawang dan tidak di update atas sebab komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

Apapun, sukacita ingin saya membuat makluman awal bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS bagi 2009 akan diadakan dalam masa terdekat ini. Kepada semua rakan pegawai yang belum menjadi ahli, keahlian anda adalah amat dialu-alukan. Marilah bersama kita bersatu di bawah PPUMS ke arah merealisasikan 1 Malaysia, 1 UMS – Kampus Ceria.

 

Majlis Berbuka Puasa PPUMS 2009 October 1, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 1:49 am

Majlis Berbuka Puasa @ Sungkai bagi semua ahli PPUMS telah diadakan apda 15 September 2009 yang lalu. Hampir 30 orang ahli PPUMS yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing di Marina Golf Club, Sutera Harbour Resort, KK. Majlis ini merupakan acara tahunan khas untuk ahli-ahli PPUMS sebagai langkah mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli dan keluarga PPUMS.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga kita berjumpa lagi di aktiviti akan datang.

Gambar adalah ehsan dari Cik Dk. Rozlina Pg. Aliudin.

Antara ahli PPUMS yang hadir pada Majlis Sungkai - 15 Sept. 2009

Antara ahli PPUMS yang hadir pada Majlis Sungkai - 15 Sept. 2009

Tuan Pendaftar, En. Abdullah Hj. Mohd. Said bersama Prseiden dan Timbalan Presiden PPUMS turut hadir bagi memeriahkan majlis sungkai PPUMS 2009

Tuan Pendaftar, En. Abdullah Hj. Mohd. Said bersama Prseiden dan Timbalan Presiden PPUMS turut hadir bagi memeriahkan majlis sungkai PPUMS 2009

Antara ahli-ahli PPUMS yang hadir merakamkan kenangan bersama

Antara ahli-ahli PPUMS yang hadir merakamkan kenangan bersama

 

Menangani Stress Sebab Perangai Kawan Satu Kerja May 11, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 11:37 pm

Artikel ini telah diterima melalui email dari En. Sarianshah Shamsuddin, Pegawai Keselamatan UMS, dipetik dari iMotivasi – Artikel Dari Blog Motivasi
Menangani Stress Sebab Perangai Kawan Satu Kerja. Selamat membaca.

Jika Anda stress bekerja sebab tertekan oleh perangai rakan sekerja, cara terbaik adalah tegur dengan berhemah. Jangan terlalu main berani, kelak memakan diri sendiri.

Nak menegur, cari masa yang sesuai, tempat yang sesuai. Sebelum ngadu dengan bos, dengan penyelia, selesaikan dengan bicara dari hati ke hati dulu. Kalo tu jugak tak selesai, minta orang atas selesaikan.

Ada orang tak bersemangat pergi kerja sebab dia tertekan oleh perangai kawan sekerja. Ada kawan yang suka hentam belakang, pemanas tak tentu pasal, suka mendera atau suka mengenakan, memperbodohkan tanpa mempedulikan perasaan Anda. Ada kawan yang suka ambik kesempatan, dia main tinggal kerja camtu aje, biar Anda sibuk sorang-sorang memperhabiskannya.

Faktor-faktor di atas adalah beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa Anda stress dek perangai kawan di tempat kerja. Bila berada dalam situasi camni, memang susah nak mencari ketenangan. Anda akan makin stress sebab asal sampai di tempat kerja, mesti dia ada kat situ.

Apa nak buat supaya hal ni tak berpanjangan? Anda ada beberapa pilihan untuk mencari ketenangan supaya bebas dari stress. Pilihan pertama, bertukar majikan.

Pilihan kedua, beralih tempat kerja, walaupun di bawah majikan yang sama. Tukar departmen atau tukar jabatan saja.

Pilihan ketiga, berniaga sendiri. Mulakan secara kecil-kecilan dulu, untuk menampung kos hidup dan untuk menyimpan sedikit. Berniagalah apa saja, janji ramai orang mahu. Misalnya, jika dunia ini sejuk, jadikanlah api sebagai pernigaan.

Marah bila dilawan dengan marah, makin besar nyalanya, makin panas bahangnya. Jika Anda stress sebab perangai kawan di tempat kerja Anda, memang susah untuk Anda nak elak. Jika Anda bergaduh dengan dia sebab tak puas hati dengan perangainya, tak ada apa-apa yang akan selesai. Seboleh mungkin, elakkan bergaduh atau perang mulut.

Cara lain, fokus pada apa yang Anda mahu, bukan apa yang membuat Anda stress.

Anda mahu buat kerja dengan tenang. jadi, fokuskan sepenuh tenaga fikiran ke situ. Usah layan stress, tapi layanlah kemahuan membara mahu bekerja dengan penuh ketenangan. Apa yang kita fokuskan, apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan kita dapat.

 

Penghargaan Untuk Semua Pihak April 17, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 5:44 am

team-futsal-1Terima kasih atas komitmen pengurus2 pasukan dan penglibatan semua pemain di Kejohanan Futsal ‘Inter-Grade’ PPUMS. Diharapkan kejohanan tersebut telah mencapai objektifnya mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai pengurusan dan profesional. Segala kekurangan harap di maafkan. Jawatankuasa penganjur bersetuju memilih semua pemain yang menyertai kejohanan merupan pemain terbaik dan jaringan2yang dilakukan adalah hasil kerjasama pasukan.  Tahniah kepada pasukan yang menang dan pasukan yang lain teruskan usaha.

team-futsal-2

pemenang

Kedudukan pasukan :
Johan: Tom2 Bak
N. Johan: ‘W’arriors
Ketiga: All J
Keempat: N United
Kelima: Kompas United
Keenam: The Bridge

-Dipetik dari email oleh En. Azmi Jumat, Pen. Pendaftar PKP (Biro Sukan & Rekreasi PPUMS)
- Gambar2 ehsan dari Sdr. Edrus Othman, Pen. Bendahari Kanan, JPP (Ahli PPUMS)

Terima kasih semuanya.

 

Key Performance Indicator (KPI) April 12, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 6:34 am

Pada 6 & 7 April yang lalu telah berlangsung Bengkel Kesedaran KPI di kalangan para pegawai UMS dan juga Sesi Khas KPI UMS (Pemerhatian & Saranan) untuk para Pegawai Utama UMS.

Bengkel dua hari ini telah dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Akademik (PPA) khas untuk memberikan kesedaran kepada para pegawai berhubung penyediaan KPI di Jabatan masing-masing.

Tahniah dan terima kasih kepada PPA dan juga semua pegawai yang hadir. Kita sebagai pegawai UMS merupakan “aktor” paling utama dalam membantu pihak pengurusan untuk merangka, melaksana dan memantau KPI ke arah mencapai misi, visi dan objektif UMS.

Sesi khas bersama para pegawai utama UMS dan para fasilitator pula telah berlangsung pada 7 April (Selasa) dengan memberikan tumpuan terhadap KPI Teras UMS. Prof. Dr. Amat Taap Manshor (consultant dari MPC) telah diberikan mandat untuk membuat pemerhatian dan saranan terhadap KPI Teras UMS yang dijangka akan diedarkan kepada semua JSPIU pada Isnin (13 Apr) ini.

Kepada semua para rakan pegawai, selamat ber-KPI dan sebarang kemusykilan berhubung KPI ini boleh merujuk kepada Cik Norti Hj. Sirin (PPK, PPA) melalui sambungan 1302.

dsc007411

dsc007421

 

MAJLIS PERJUMPAAN EXCO TERTINGGI PPUMS DENGAN PARA PEGAWAI / PENTADBIR March 14, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:24 am

Pada 11 dan 12 Februari 2009 yang lalu telah berlangsungnya sesi perjumpaan Exco Tertinggi PPUMS 2008/09 dengan para pegawai pengurusan & profesional (Bukan Akademik) UMS mengikut gred Jawatan. Perjumpaan ini adalah bertujuan mendekatkan Exco PPUMS dan semua para pegawai UMS selain untuk mengenalpasti isu atau permasalahan yang dihadapi di tempat kerja masing-masing. Ia juga bertujuan berkongsi idea dan pandangan bagi memantapkan kumpulan Profesional & Pengurusan (Bukan Akademik) UMS.
Perjumpaan ini dimulakan denan perjumpaan bersama Pegawai Gred N41 dan ke atas pada 11 Februari 2009 jam 8.30 am, diikuti Gred S41 dan ke atas pada jam 10.00 pagi dan Gred W41 dan ke atas pada pukul 12.00 tengahari.
gathering-1
Pada hari kedua – 12 Februari 2009, perjumpaan dimulakan dengan gred C41, Q41 dan U41 pada jam 8.30 pagi, diikuti gred J & KP41 pada jam 10.00 pagi dan ke atas dan sesi terakhir gred F41 dan ke atas pada jam 12.00 tengahari.
gathering-2
gathering-3
gathering-4
Dalam kesempatan ini saya bagi pihak Exco Tertinggi PPUMS 2008/09 ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepaa yang sudi hadir dan berkongsi pendapat, meontar idea dan pandangan demi keutuhan persatuan dan kepegawaian kita.
Kepada yang tidak hadir juga kami rakamkan terima kasih dan kalau boleh aktiviti lain sudi lah hadir. Kami faham kesibukan kita masing-masing, bagaimanapun tiada ruginya kita beraktiviti untuk diri dan rakan-rakan lainnya.
Berikut ialah ringkasan kehadiran mengikut kmpulan Gred untuk makluman semua, jadi boleh tau la gred mana paling ramai dan paling sikit datang kan :) :
1. Gred N41 dan ke atas = 26/63
2. Gred S41 dan ke atas = 11/18
3. Gred W41 dan ke atas = 17/24
4. Gred C,Q dan U41 = 13/21
5. Gred J & KP41 dan ke atas = 8/11
6. Gred F41 dan ke atas = 5/12

Pihak Exco PPUMS juga ingin memohon maaf kepada para pegawai di UMS-KAL kerana tidak dapat untuk membuat perjumpaan pada tarikh yang dimaklumkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, perjumpaan tersebut tetap akan diteruskan dan akan dimaklumkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pada sesi perjumpaan ini juga, PPUMS telah berjaya menarik seramai 17 orang keahlian dari pelbagai gred jawatan untuk menyertai PPUMS. Tahniah dan selamat datang kepada semua bakal ahli PPUMS yang baru.
gathering-5
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Exco PPUMS yang bertungkus lumus merealisasikan aktiviti ini dan kepada para pegawai yang sudi hadir – terima kasih daun keladi, kita jumpa di lain aktiviti. Gambar2 lain yang belum dimasukkan dalam post kali ini akan diupload kemudian.

 

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS March 13, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:38 am
Tags:

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS
TEMPAT: CITY FUTSAL CENTRE, MENGGATAL
TARIKH: 25 MAC 2009

1.0. Pengenalan

1.1. Persatuan Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Bagi mengeratkan hubungan sesama ahli ini, Exco Sukan dan Rekreasi PPUMS akan menganjurkan pertandingan Futsal PPUMS antara gred jawatan iaitu daripada gred 41 dan ke atas.
1.2. Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PPUMS di mana piala pusingan akan menjadi rebutan setiap pasukan.
1.3. Pertandingan ini akan diadakan pada 25 Mac 2009 bertempat di City Futsal Centre, Menggatal bermula jam 7.00 malam.

2.0. Objektif

2.1. Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PPUMS.
2.2. Membentuk sebuah pasukan Futsal PPUMS yang mantap bagi menghadapi perlawanan persahabatan dan pertandingan pada masa yang akan datang.
2.3. Memupuk semangat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai pengurusan dan profesional UMS.

3.0 Syarat pertandingan

3.1 Hanya kakitangan pengurusan dan profesional gred 41 dan ke atas sahaja yang layak bertanding. Walau bagaimanapun, pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang pemain gred 27 dan ke atas bagi memberi peluang lepada ahli bersekutu PPUMS melibatkan diri di dalam kejohanan ini.
3.2. Perlawanan di adakan secara liga 2 kumpulan di mana 3 pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Hanya Johan dan N. Johan kumpulan sahaja yang layak masuk ke perlawanan kalah mati di separuh akhir.
3.3. Masa perlawanan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa. Pasukan yang menang akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 12 orang pemain sahaja. Hanya 5 orang pemain yang akan berada di dalam gelanggang ketika bermain dan pasukan wajib menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap perlawanan.

4.0 Pasukan Yang Bertanding

4.1. Kumpulan A
A1 Gred N (Canselori) (Pengurus: Talib Abdullah Shani/Penolong: Taufeck Guntok)
A2 Gred J (Pengurus: Jorin Matawas/Penolong: Henry Vincent)
A3 Gred S, K & B (Pengurus: Zawawi Tiyunin/Penolong: Ahmadi Nurdin)

4.2. Kumpulan B
B1 Gred N (J/S/P/I/U) (Pengurus: Samsuidin Nurdin/Penolong: Suhaimie Sahabuddin)
B2 Gred C, F, U & Q (Pengurus: Johan Alexander/Penolong: Thomas George)
B3 Gred W (Pengurus: Mohamad Edrus Othman/Penolong: Syukry Mohd. Sidek)

 

Semoga Cepat Sembuh February 24, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 6:50 am
Tags:

Kepada semua rakan pegawai,
Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan Pn. Harniwaty Ahmad Ali (PP SPKS) yang telah selamat menjalani pembedahan di Sabah Medical Centre, Jalan Damai KK pada 23 Feb 2009 (Isnin). Semoga beliau diberikan kesembuhan yang segera. Amiin.

 

Luncheon Talk Bil. 1/2009 February 24, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 6:30 am
Tags:

            PENGUMUMAN  PPUMS                

 

Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Akta 605??

Kenapa Perlu Tahu??

 

Adakah Satu Kesalahan Jika Sebagai Penjawat Awam Kurang Cekap @  Kurang Berusaha @ Tiada Inisiatif Untuk Menyelesaikan Urusan Kerja Seberapa Segera?

 

Bolehkah Seorang Penjawat Awam Membelakangkan Kewajipannya Kepada Badan Berkanun Demi Kepentingan Peribadinya?

 

Bolehkan Penjawat Awam Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Daripada Emolumen Rasmi Dan Pendapatan Persendirian Yang Sah?

 

Bolehkan seorang Penjawat Awam Menerima/Memberi Keraian?

 

Adakah anda tahu seorang Penjawat Awam itu Ditegah Penerbitan Buku Berdasarkan Maklumat Terperingkat Dan Ditegah  Penyunting Akhbar/ Majalah/ Jurnal?

 

 

ADAKAH ANDA PATUH ATAU INGKAR???

 

SEMUA ITU AKAN TERJAWAB SEMASA

 

LUNCHEON TALK

 

Akta 605:  Patuh @ Ingkar ??

 

TARIKH: 25 FEBRUARI 2009 (RABU)

MASA: 9.30 pagi (MAJLIS BERMULA)

TEMPAT: AUDITORIUM PERPUSTAKAAN

 

Anjuran

PERSATUAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK

DENGAN KERJASAMA  

BAHAGIAN PERUNDANGAN & TATATERTIB, JABATAN PENDAFTAR

 

ALL ARE WELCOME…