PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Kursus KMK September 25, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 5:41 am

Pada 23 & 24 September 2008 yang lalu, Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus KMK (Penyelesaian Masalah Melalui KMK Secara Berkesan) dengan kerjasama pihak MPC. Fasilitator kurus ialah En. Edward Binty dari MPC.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 14 orang para pegawai UMS dari beberapa JSPIU. Diharapkan ahli PPUMS dan rakan pegawai yang lain dapat melibatkan diri dalam kursus-kursus seperti ini kerana banyak ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk diri dan juga Jabatan masing-masing. Mungkin rakan pegawai yang tidak dapat hadir mempunyai tanggungjawab dan kesibukan masing-masing. Bagaimanapun, tidak rugi untuk kita hadir ke majlis ilmu seperti ini.

Bagi pihak PPUMS, diucapkan syabas dan tahniah kepada En. Darwis Awang serta pasukannya atas usaha ini. Juga terima kasih kepada fasilitator yang banyak bersabar dengan kerenah para peserta KMK ini. Diharap rakan-rakan yang telah berkursus mendapat manfaat dan boleh melaksanakan langkah awal ke arah KMK di JSPIU masing-masing. Dan yang tidak dapat hadir tu, bolehla minta nota kursus atau mohon adakan kursus dalaman peringkat JSPIU pulak. Kos-nya … kna pikir la sendiri :)

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS 2008 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 5:12 am

Sekali lagi PPUMS menganjurkan acara tahunan untuk semua ahli PPUMS. Setelah dua tahun berturut2 dibuat di Marina Club, Ramadhan kali ini PPUMS telah mengadakan majlis “Sungkai” bersama ahli-ahlinya di Hyatt la pula. Bertukar angin la kononnya…”besasak inda apa asal makannya sedap” :)

Lebih kurang 30 orang ahli PPUMS yang hadir pada majlis ini. Pn. Dg. Rukiah pun datang tau…tapi gambar2 ahli yang lain tu akan dipost kan ke dalam blog ini setelah saya dapat gambar2 dari semua ahli yang membawa kamera pada hari tersebut ok.

Y.B’usaha Tuan Pendaftar kita tidak dapat hadir memandangkan beliau bertugas ke luar negara pada tarikh ini.

Yang pasti acara tahunan ini semestinya mencapai objektif utama nya iaitu :

a) semua dapat berkumpul dan meningkatkan tahap kemesraan di kalangan ahli PPUMS dan ahli keluarga;

b) makan la…apa lagi… :)

Insya Allah kalau dipanjangkan umur kita jumpa di Ramadhan yang akan datang.

 

Senarai JK Protem & EXCO Tertinggi PPUMS September 25, 2008

Filed under: Informasi,S/U Corner — ppums08 @ 3:44 am

SENARAI JK PROTEM (2000-2004)

Presiden : En. Abdullah Hj. Mohd. Said

Naib Presiden: En. No’man Datuk Hj. Ahmad

Setiausaha : En. Darwis Awang

Bendahari : En. Ismail Abdul Jalil

Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil :

1. En. Firdaus Abdullah

2. Pn. Sarlona J. Gindug

3. En. Mohd Raffie Hj. Janau

4. Pn. Aidah Noordin

5. Cik Zallifah Shadan

6. En. Ag. Suhaizam Bungso

7. En. Mohd. Asyraaf Fong Abdullah

8. En. Bonaventure Boniface

SENARAI EXCO TERTINGGI PPUMS 2005/2007

Presiden : En. No’man Datuk Hj. Ahmad

Naib Presiden: Pn. Vina Zahriani Yusof

Setiausaha : En. Mohd Farish bin Hussain

Pen. Setiausaha : En. Mohd Asyraaf Fong Abdullah

Bendahari : En. Ismail Abdul Jalil

Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil :

1. En. Mohd Raffie Hj. Janau

2. En. Samasuddin Hj. Yusof

3. En. Firdaus Abdullah

4. En. Ag. Suhaizam Bungso

5. En. Effendi Hadis

6. Cik Norti Sirin

7. En. Mohamad Edrus Othman

8. En. Bonaventure Boniface

9. Pn. Dg. Rukiah Ag. Amit

10. En. Badrul Hisham Ismail

Pemeriksa Kira-Kira :

1. Cik Saima Ismail

2. Cik Zallifah Shadan

SENARAI EXCO TERTINGGI PPUMS 2008/2009

Presiden : En. No’man Datuk Hj. Ahmad

Naib Presiden: ASP (K) Mohd Farish Hussain

Setiausaha : Cik Norti Hj. Sirin

Pen. Setiausaha : En. Zawawi Tiyunin

Bendahari : Pn. Zallifah Shadan

Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil :

Biro Penerangan :

1. En. Samasuddin Hj. Yusof (Ketua)

2. Pn. Zuraini Hj. Hamdin

Biro Latihan & Pembangunan Kerjaya :

1. Cik Kamisah Husin (Ketua)

2. En. Johan Alexander

Biro Kebajikan & Khidmat Sosial :

1. En. Ismail Abdul Jalil (Ketua)

2. En. Mohd. Asyraaf Fong Abdullah

Biro Sukan & Rekreasi :

1. En. Azmi Jumat (Ketua)

2. En. Talib Hj. Abdullah

Biro Pembangunan Dana :

1. En. Mohd. Raffie Hj. Janau (Ketua)
2. En. Jorin Matawas (wakil perkhidmatan dalam klasifikasi “J”)

Pemeriksa Kira-Kira :

1. Pn. Saima Ismail

2. En. Badrul Hisham Ismail

Wakil Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL)

1. Pn. Nurhani Sugianto

Wakil Perkhidmatan Dalam Klasifikasi “F”

1. En. Abdul Idris Benu

Nota :

Senarai yang dinyatakan adalah berdasarkan rekod yang ada dalam fail Biro Penerangan. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada senarai di atas mohon emailkan maklumat yang betul kepada Biro Penerangan PPUMS. Terima kasih.

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS Tahun 2006 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 2:58 am

Majlis Berbuka Puasa ahli-ahli PPUMS merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PPUMS. Di samping mengumpulkan para ahli PPUMS dan keluarga masing-masingdi bulan Ramadhan yang mulia, para ahli juga dapat bertukar perancangan untuk giliran membuat “Open House” pada hari raya nanti :)

Pada tahun 2006, majlis bebruka puasa telah diadakan di Marina Club, Sutera Harbour Golf & Country Club. Tarikh saya kurang ingat. Mohon input dari para ahli/pembaca yang maklum.

Untuk makluman semua, gambar-gambar yang dimasukkan merupakan gambar yang diambil dari koleksi peribadi. Jadi maaf kalau hanya muka-muka tertentu sahaja yang ada. Harap-harap, kepada semua yang ada menyimpan gambar-gambar pada majlis ini dan juga sebarang aktiviti adalah dialu-alukan untuk mengemail kepada Biro Penerangan PPUMS untuk di-upload dalam blog ini. Thank you ;)

 

Family Day 2007 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 8:07 am

Sehari selepas bermesyuarat agung tahunan, PPUMS sekali lagi melaksanakan aktiviti santai iaitu Hari Keluarga PPUMS sebagai penutup tirai tahun 2007.

Hari keluarga PPUMS telah diadakan pada 30 Disember 2007 (Ahad) bertempat di Marina Club. Hari keluarga PPUMS yang buat julung kalinya diadakan ini telah disambut dengan meriah oleh para ahli-ahli PPUMS beserta ahli keluarga masing-masing.

Para ahli berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk bersarapan bersama dan seterusnya ke gelanggang permainan untuk pelbagai aktiviti yang amat mencuit hati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ahli PPUMS serta ahli keluarga masing-masing.

Terima kasih daun keladi kepada semua ahli PPUMS dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana…InsyaAllah tahun 2008 kita berjumpa lagi.

Kepada para rakan pegawai yang belum menyertai keahlian PPUMS, we are pleased to welcome all of you to join…JOM JOIN PPUMS!!! :)

 

Annual General Meeting 2007 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,S/U Corner — ppums08 @ 7:57 am

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPUMS bagi tahun 2007 telah berlangsung pada 29 Disember 2007 bertempat di Meeting Room, Aras 1, Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Golf & Country Club jam 2.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin, mantan Naib Canselor UMS. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon (mantan Timbalan Naib Canselor P&I), En. Abdullah Hj. Mohd. Said (Pendaftar) dan Pn. Dg. Rukiah Ag. Amit (Pemangku Ketua Pustakawan).

 

Kursus Amalan 5S September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 6:32 am

Kursus Pengenalan Terhadap Amalan 5S telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2007 anjuran Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar dengan menjadikan para pegawai dan kakitangan sokongan setiap JSPIU sebagai kumpulan sasar.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari NPC (kini dikenali sebagai MPC), En. Edward. Selain diberikan pendedahan tentang amalan 5S, para peserta juga diberikan peluang melawat Pejabat INTAN Sabah di Wisma Perindustrian bagi melihat sendiri amalan 5S yang telah dilaksanakan di agensi tersebut.

Sememangnya amalan 5S ini amat baik jika dapat dilaksanakan di peringkat JSPIU memandangkan ianya amat membantu pelaksanaan tugas secara efektif dan efisien.

 

Bengkel Sehari Pengendalian Mesyuarat September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 6:03 am

Pada 06 Mac 2007 yang lalu bengkel setengah hari pengendalian dan Pelaksanaan Mesyuarat anjuran bersama PPUMS dan Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar telah dilaksanakan.

Walaupun bengkel ini diadakan dalam tempoh yang amat singkat, ianya berjaya memupuk semangat perkongisan ilmu di kalangan pegawai di UMS.

Apa yang lebih menarik dalam bengkel ini, ianya dikendalikan oleh ahli PPUMS sendiri iaitu Cik Norti Hj. Sirin sebagai Penceramah utama dan Cik Sharifah Ismail sebagai Penceramah kedua.

Selain itu, Pn. Nafisah Hj. Hasan, mantan Timbalan Pendaftar (Bahagian Hal Ehwal Akademik) UMS juga turut hadir bagi menjayakan dan memberikan sokongan padu pada hari tersebut.

Bengkel seumpama ini ada baiknya diteruskan dan pihak PPUMS mengalu-alukan sebarang cadangan tajuk dari para ahlinya untuk tujuan ini.

 

RETREAT PPUMS 2006 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 3:09 am

Retreat Pegawai Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) telah berlangsung di Lembah Impian, Penampang pada November 2006. Retreat yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar ini telah dihadiri seramai lebih kurang 20 pegawai dari pelbagai JSPIU.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada retreat tersebut...

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada retreat tersebut...

Mohon maaf memandangkan perincian berhubung retreat ini tidak dapat dimasukkan di sini atas masalah teknikal…bagaimanapun, para ahli yang mempunyai info lengkap boleh lah menambah di ruangan “Comment” yang disediakan. :)

Beberapa siri retreat untuk para pegawai UMS telah diadakan dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa ke arah memperkasakan pengurusan dan profesional (bukan akademik) UMS.

 

PPUMS in Brief September 18, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 9:17 am

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS) awalnya dikenali sebagai Persatuan Pegawai Profesional dan Iktisas UMS. Mesyuarat pertama bagi cadangan penubuhan persatuan ini telah diadakan pada 09 Disember 2000 di Bilik Mesyuarat JPP, Aras 6, Blok Utara Bangunan Canselori (kini merupakan Pejabat Pusat Dana Luar UMS). Kertas cadangan bagi penubuhan persatuan ini telah dibentangkan dan semua ahli yang hadir pada ketika itu bersetuju untuk menubuhkan JK Protem yang bertanggungjawab menggerakkan seterusnya mendaftarkan persatuan yang bakal ditubuhkan ini. Y.B’usaha En. Abdullah Hj. Mohd. Said yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendaftar (Bahagian Sumber Manusia) Jabatan Pendaftar telah diberikan mandat dilantik sebagai Presiden JK PROTEM dengan dibantu oleh En. No’man Hj. Ahmad sebagai Naib Presiden.

Hasil usaha JK Protem, maka lahirlah Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS).

Mesyuarat Agung PPUMS yang Pertama telah diadakan pada 25 Jun 2005 di Galeri , Aras 3 bangunan Canselori yang telah dihadiri oleh 50 orang ahli.

Pada mesyuarat tersebut, JK Protem telah dibubarkan dengan rasminya dan AJK Tertinggi / EXCO PPUMS telah dilantik bagi menerajui PPUMS. Selain itu, Perlembagaan Persatuan juga telah disahkan pada mesyuarat tersebut.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.