Kursus Pengenalan Terhadap Amalan 5S telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2007 anjuran Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar dengan menjadikan para pegawai dan kakitangan sokongan setiap JSPIU sebagai kumpulan sasar.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari NPC (kini dikenali sebagai MPC), En. Edward. Selain diberikan pendedahan tentang amalan 5S, para peserta juga diberikan peluang melawat Pejabat INTAN Sabah di Wisma Perindustrian bagi melihat sendiri amalan 5S yang telah dilaksanakan di agensi tersebut.
Sememangnya amalan 5S ini amat baik jika dapat dilaksanakan di peringkat JSPIU memandangkan ianya amat membantu pelaksanaan tugas secara efektif dan efisien.


salam sejak mula ikuti kursus 5S ni saya amat tertarik dan amat terujah untuk mengamalkannya. walau bagaimanapun ianya bukanlah perkara yang mudah tanpa sokongan semua pihak di semua peringkat.
Tahniah kepada SPU yang dah mengamalkan 5S
kepada SSMP semoga diteruskan dan dikembangkan lagi
kepada SKTM, Pasca n BPK jugak.. teruskan usaha
kepada UMS mll Pej Pendaftar welcome to the club and all the best we will support u
cheers
Norti Hj Sirin
S/U
Salam Perpaduan…
Saya ingin berkongsi cerita jenaka tentang eksperimen yang dijalankan oleh seorang pelajar terhadap seekor katak. cerita ini saya modify semula dari bahan yang saya dengar dari Sabah FM setiap hari jam 745pagi.
Seorang wartawan menemuramah seorang pelajar mengenai kajiannya.
Wartawan : Apa yang hendak anda buktikan?
Pelajar : Seekor katak yang mempunyai 4 kaki akan melompat sejauh 4 kaki jika disuruh lompat.
Wartawan : ohhh…. bagaimana tu?
Pelajar : begini…. Katak! lompat! maka katak akan lompat sejauh 4 kaki. Dan katak itu akan melompat sejauh dua kaki jika kita potong dua daripada empat kakinya.
Wartawan : Iyakah????
Pelajar : YA! Tahu tak apa yang akan berlaku jika dua kakinya yang tinggal itu saya potong?
wartawan :errrrr???? (dalam hati wartawan menjawab… tidak lah dia melompat sebab dah tidak ada kaki)
Pelajar : Katak hanya duduk diamlah jawabnya…. tahu kenapa?
Wartawan : Tidak tahu.
Pelajar : Sebab katak tu ada masalah pendengaran………
kuang…kuang…kuang….
Kempen 5S telah dijalankan. Kini semua JSPIU wajar membuat susulan sewajarnya. Kita mempunyai kebolehan, tapi mungkin kita terhalang oleh kesungguhan. Kita mempunyai rakan-rakan (sepejabat), tapi mungkin kita segan untuk memulakannya. Ayuh, mari kita ambil iktibar eksperimen di atas. Bahawa kita tidak ada masalah pendengaran.
(cerita ini hanya humor semata-mata)
Banyak yang tersirat menerusi cerita c katak ini tau…ehem semoga kita bulan di kalangan yang bermasalah pendengaran yer atau salah terima pendengaran.