PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

SEKALUNG TAHNIAH October 14, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 2:50 pm

PPUMS ingin merakamkan ucapan tahniah kepada atas pengurniaan Darjah / Bintang Kebesaran yang dianugerahkan sempena Hari Keputeraan TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Hj. Ahmadshah Bin Abdullah kepada :

  • En. Abdullah Hj. Mohd. Said (A.S.D.K) , Pendaftar UMS atas pengurniaan Ahli Setia Darjah Kinabalu ;
  • En. No’man Hj. Ahmad (A.D.K), Timbalan Pendaftar Kanan / Presiden PPUMS atas pengurniaan Ahli Darjah Kinabalu ; dan
  • En. Effendi Abd. Hadis (B.S.K) atas pengurniaan Bintang Setia Kinabalu.

TAHNIAH DARI KAMI SEMUA.

 

Tips Kepemimpinan Berkesan October 13, 2008

Filed under: Informasi,Jom Baca — ppums08 @ 1:32 am

Rakan PPUMS,

Sebagai pegawai, kakitangan sokongan merupakan aset utama dalam pelaksanaan tugas harian dalam sesebuah organisasi (JSPIU). Begitu halnya dengan kita dan atasan kita (Dekan/Pengarah/Ketua Unit etc). Sebagai pegawai, kita sebenarnya penentu atau “pencorak” bagi “aset” di bawah seliaan kita. Ibarat yang selalu di sebut-sebut – kepimpinan melalui teladan. Jadi renung-renungkan lah tips kepemimpinan yang dicatatkan di bawah.

Antara tugas seorang pemimpin adalah mengubah sikap dan tingkahlaku orang-orang bawahannya. Caranya adalah ;

  • Mulakan dengan pujian dan penghargaan ikhlas.
  • Memberikan perhatian dengan secara tidak langsung terhadap kesalahan seseorang.
  • Mengajukan pertanyaan dan bukannya memberikan perintah secara langsung.
  • Menyelamatkan maruah diri orang lain.
  • Berikan pujian terhadap sedikit kemajuan dan setiap kemajuan. Ikhlaslah dalam setiap penghargaan yang diberikan dan jangan kedekut dalam memberi pujian.
  • Berikanlah seseorang itu reputasi yang baik tentang kebolehannya.
  • Berikanlah galakan. Jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah diperbaiki.
  • Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

*** Sumber : Risalah Jabatan Muzium Negeri Sarawak.

“Sebuah organisasi dapat memberikan kepada seseorang gelar “pemimpin”, tetapi hanya orang itulah yang dapat menciptakan dirinya sebagai seorang pemimpin” ~ George Mason~

 

Majlis Berbuka Puasa Bersama TYT Ramadhan 1429H (2008) October 10, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 10:48 am

Majlis berbuka puasa warga UMS bersama Tuan Yang Terutama Tun Canselor telah diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya dan seperti lazimnya diadakan di Masjid UMS. Beberapa rakan PPUMS turut hadir bagi menjayakan majlis ini.

Sambutan agak kurang memberangsangkan di kalangan warga UMS (staff) seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Rasanya mungkin ramai yang tidak dapat hadir atas faktor-faktor rumah yang agak jauh, kaum wanita yang terpaksa balik untuk menyediakan juadah sungkai buat keluarga tercinta dsb. Tapi kalau dibandingkan dengan kehadiran majlis berbuka puasa di tempat2 lain, kehadiran memang ada bezanya ;-)

Aktiviti ini baru sempat di-post kan kali ini memandangkan saya baru dapat email gambar2 dari Jurugambar pada ketika itu – En. Martubat Jamlan (tq).

Apapun, diharap tahun akan datang ramai lagi rakan PP yang akan hadir terutama yang masih bujang dan tinggal berdekatan untuk sama-sama memeriahkan suasana berbuka di samping mengimarahkan masjid.

Memandangkan gambar di atas tu terlalu kecil saya upload semula gambar dalam versi baru…

 

10 Formula Kejayaan Presiden Lyndon B. Johnson October 10, 2008

Filed under: Informasi,Jom Baca — ppums08 @ 6:17 am
  1. Belajar untuk MENGINGATI NAMA-NAMA orang lain. Ini menunjukkan anda memberi perhatian terhadap seseorang itu;
  2. Jadikan diri anda seorang yang MUDAH DIDEKATI;
  3. Pelajari untuk menjadi seorang yang sentiasa TENANG dan MUDAH BERGAUL supaya anda tidak mudah tergugat;
  4. Hindarilah sifat EGO. Elakkan daripada memberi gambaran yang anda seorang yang mengetahui segala-galanya;
  5. Semaikan kualiti untuk menjadi seorang yang BERMINAT mengenai SEMUA PERKARA supaya orang ramai akan mempelajari sesuatu yang berfaedah daripada pergaulan dengan anda;
  6. Berusahalah untuk membuang elemen-elemen YANG TIDAK ELOK pada personaliti anda walaupun ianya sesuatu yang anda tidak sedari;
  7. Berusahalah secara JUJUR untuk memulihkan segala salah faham yang telah ataupun sedang anda lakukan. KETEPIKAN perasaan NEGATIF anda;
  8. Amalkan untuk SENTIASA MENYUKAI SESEORANG sehinggalah anda berupaya melakukannya dengan IKHLAS dan jujur;
  9. Jangan lepaskan PELUANG untuk mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan seseorang atau TAKZIAH kepada sesiapa yang ditimpa musibah;
  10. Berikan KEKUATAN ROHANI kepada orang lain dan mereka akan menunjukkan kemesraan yang asli kepada anda.

*** Lyndon Baines Johnson merupakan presiden U.S yang ke-36 (1963-1969) selepas John F. Kennedy dibunuh.

Dari pembacaan saya tentang formula ini, bolehlah dirumuskan bahawa untuk mencapai KEJAYAAN kita perlu lebih HUMBLE dan dalam masa yang sama sentiasa berusaha mengikis sikap negatif dalam diri selain menjaga hubungan sesama manusia.

Sekadar ingin berkongsi. Open for positive discussion to all.

 

1st PP Monthly Meeting October 9, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 5:19 pm

Diucapkan selamat kembali bertugas kepada semua rakan-rakan yang telah bercuti dari berhari raya…bagi yang masih cuti, selamat menyambung cuti dan bila balik dari bercuti nanti harap2 lebih produktif dari sebelum bercuti.

Sebenarnya, post kali ini sudah lama diniatkan dimasukkan dalam blog PPUMS ni sebagai informasi dan arkib blog PPUMS. Akan tetapi, susah untuk mendapatkan gambar yang telah diambil oleh saya sendiri sebab suda tidak tahu di-save dalam folder yang mana…last2 sewaktu membelek2 blog peribadi terjumpa pulak tajuk seperti post ini.

Sejak YB’usaha En. Abdullah Hj. Mohd. Said menjawat jawatan Pendaftar UMS, antara perkara utama yang telah dilaksanakan ialah mengadakan forum khas bagi semua PP JSPIU membincangkan isu-isu atau hal ehwal HR dan yang sewaktu dengannya. Mesyuarat Pendaftar Bersama PP JSPIU ini diadakan secara bulanan sejak 15 November 2007 yang lalu.

Pada mesyuarat pertama itu juga, rakan PP telah merancang mengadakan surprise Birthday party untuk Tuna Pendaftar. Hanya gambar ini yang sempat dirakamkan pada masa itu.

Apapun, diharapkan agar semua rakan PP dan pegawai lainnya akan lebih mantap melalui forum seperti ini. Yang pentingnya, marilah kita bekerja bersama untuk memartabatkan Pentadbiran dan Pengurusan Profesional (Bukan Akademik) ke arah Research University.

 

Relax Kejap… October 8, 2008

Filed under: Santai — ppums08 @ 12:22 am

Untuk rakan PPUMS semua…

Lawak ini disumbangkan oleh salah seorang rakan PPUMS melalui email dan saya rasa patut dikongsikan bersama. Sedar atau pun tidak kita sering mengabaikan diri dan keluarga kerana tugas dan kerja harian yang tidak putus-putus. Apapun, ambil masa seketika untuk diri dan keluarga kerana DIRI dan KELUARGA merupakan aset terpenting dalam hidup kita. Enjoy reading…

007701c8a519$846c88d0$0d04010a@nurdinmobile
Jika

 

hidup terasa berat hari ini dan
hari gaji
terasa masih sangat lama
atau

 

tugas yg tak selesai- selesai, atau ada target yg belum achieve,malah ditambah lagi beban……

 


hanya

 

satu hal yang dapat kita lakukan ….  

 

 

 


21fe62.jpg



 

AL-FATIHAH October 5, 2008

Filed under: Biro Kebajikan & Khidmat Sosial,Informasi — ppums08 @ 5:16 am

5 Oct / 5 Syawal – PPUMS dikejutkan dengan berita kematian salah seorang rakan pegawai, Cik Nur Khairiah, Pegawai Aduan JPP. Sumber mengatakan beliau sedang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu untuk bertugas semula setelah pulang dari cuti berhari raya pada malam 4 Okt. Bagaimanapun, kereta yang dinaiki telah terbabas ke dalam gaung dan telah meninggal di tempat kejadian.

Pada ketika blog ini ditulis, dimaklumkan jenazah Allahyarhamah sedang diuruskan di Masjid Bandaraya dan Tuan Presiden PPUMS, En. No,man Hj. Ahmad serta beberapa rakan lain juga berada di sana untuk membantu. 

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa kembali ke Tawau untuk dikebumikan di sana lewat petang nanti.

Bagi pihak rakan PPUMS, takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan kami iringi do’a semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Amiin. Al-Fatihah….

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.