PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

MAJLIS PERJUMPAAN EXCO TERTINGGI PPUMS DENGAN PARA PEGAWAI / PENTADBIR March 14, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:24 am

Pada 11 dan 12 Februari 2009 yang lalu telah berlangsungnya sesi perjumpaan Exco Tertinggi PPUMS 2008/09 dengan para pegawai pengurusan & profesional (Bukan Akademik) UMS mengikut gred Jawatan. Perjumpaan ini adalah bertujuan mendekatkan Exco PPUMS dan semua para pegawai UMS selain untuk mengenalpasti isu atau permasalahan yang dihadapi di tempat kerja masing-masing. Ia juga bertujuan berkongsi idea dan pandangan bagi memantapkan kumpulan Profesional & Pengurusan (Bukan Akademik) UMS.
Perjumpaan ini dimulakan denan perjumpaan bersama Pegawai Gred N41 dan ke atas pada 11 Februari 2009 jam 8.30 am, diikuti Gred S41 dan ke atas pada jam 10.00 pagi dan Gred W41 dan ke atas pada pukul 12.00 tengahari.
gathering-1
Pada hari kedua – 12 Februari 2009, perjumpaan dimulakan dengan gred C41, Q41 dan U41 pada jam 8.30 pagi, diikuti gred J & KP41 pada jam 10.00 pagi dan ke atas dan sesi terakhir gred F41 dan ke atas pada jam 12.00 tengahari.
gathering-2
gathering-3
gathering-4
Dalam kesempatan ini saya bagi pihak Exco Tertinggi PPUMS 2008/09 ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepaa yang sudi hadir dan berkongsi pendapat, meontar idea dan pandangan demi keutuhan persatuan dan kepegawaian kita.
Kepada yang tidak hadir juga kami rakamkan terima kasih dan kalau boleh aktiviti lain sudi lah hadir. Kami faham kesibukan kita masing-masing, bagaimanapun tiada ruginya kita beraktiviti untuk diri dan rakan-rakan lainnya.
Berikut ialah ringkasan kehadiran mengikut kmpulan Gred untuk makluman semua, jadi boleh tau la gred mana paling ramai dan paling sikit datang kan :) :
1. Gred N41 dan ke atas = 26/63
2. Gred S41 dan ke atas = 11/18
3. Gred W41 dan ke atas = 17/24
4. Gred C,Q dan U41 = 13/21
5. Gred J & KP41 dan ke atas = 8/11
6. Gred F41 dan ke atas = 5/12

Pihak Exco PPUMS juga ingin memohon maaf kepada para pegawai di UMS-KAL kerana tidak dapat untuk membuat perjumpaan pada tarikh yang dimaklumkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, perjumpaan tersebut tetap akan diteruskan dan akan dimaklumkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pada sesi perjumpaan ini juga, PPUMS telah berjaya menarik seramai 17 orang keahlian dari pelbagai gred jawatan untuk menyertai PPUMS. Tahniah dan selamat datang kepada semua bakal ahli PPUMS yang baru.
gathering-5
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Exco PPUMS yang bertungkus lumus merealisasikan aktiviti ini dan kepada para pegawai yang sudi hadir – terima kasih daun keladi, kita jumpa di lain aktiviti. Gambar2 lain yang belum dimasukkan dalam post kali ini akan diupload kemudian.

 

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS March 13, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:38 am
Tags:

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS
TEMPAT: CITY FUTSAL CENTRE, MENGGATAL
TARIKH: 25 MAC 2009

1.0. Pengenalan

1.1. Persatuan Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Bagi mengeratkan hubungan sesama ahli ini, Exco Sukan dan Rekreasi PPUMS akan menganjurkan pertandingan Futsal PPUMS antara gred jawatan iaitu daripada gred 41 dan ke atas.
1.2. Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PPUMS di mana piala pusingan akan menjadi rebutan setiap pasukan.
1.3. Pertandingan ini akan diadakan pada 25 Mac 2009 bertempat di City Futsal Centre, Menggatal bermula jam 7.00 malam.

2.0. Objektif

2.1. Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PPUMS.
2.2. Membentuk sebuah pasukan Futsal PPUMS yang mantap bagi menghadapi perlawanan persahabatan dan pertandingan pada masa yang akan datang.
2.3. Memupuk semangat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai pengurusan dan profesional UMS.

3.0 Syarat pertandingan

3.1 Hanya kakitangan pengurusan dan profesional gred 41 dan ke atas sahaja yang layak bertanding. Walau bagaimanapun, pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang pemain gred 27 dan ke atas bagi memberi peluang lepada ahli bersekutu PPUMS melibatkan diri di dalam kejohanan ini.
3.2. Perlawanan di adakan secara liga 2 kumpulan di mana 3 pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Hanya Johan dan N. Johan kumpulan sahaja yang layak masuk ke perlawanan kalah mati di separuh akhir.
3.3. Masa perlawanan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa. Pasukan yang menang akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 12 orang pemain sahaja. Hanya 5 orang pemain yang akan berada di dalam gelanggang ketika bermain dan pasukan wajib menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap perlawanan.

4.0 Pasukan Yang Bertanding

4.1. Kumpulan A
A1 Gred N (Canselori) (Pengurus: Talib Abdullah Shani/Penolong: Taufeck Guntok)
A2 Gred J (Pengurus: Jorin Matawas/Penolong: Henry Vincent)
A3 Gred S, K & B (Pengurus: Zawawi Tiyunin/Penolong: Ahmadi Nurdin)

4.2. Kumpulan B
B1 Gred N (J/S/P/I/U) (Pengurus: Samsuidin Nurdin/Penolong: Suhaimie Sahabuddin)
B2 Gred C, F, U & Q (Pengurus: Johan Alexander/Penolong: Thomas George)
B3 Gred W (Pengurus: Mohamad Edrus Othman/Penolong: Syukry Mohd. Sidek)

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.