PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Perjumpaan EXCO PPUMS Bersama Pegawai Pengurusan & Profesional Mengikut Gred Jawatan February 10, 2009

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 4:49 am

Bagi pihak Exco PPUMS, sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan bersama para pegawai pengurusan & profesional (Bukan Akademik) akan diadakan mengikut gred jawatan seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk mendapatkan input daripada semua pegawai bagi memantapkan lagi peranan kita sebagai pegawai kerajaan di Universiti ini. Selain itu, diharap perjumpaan ini juga dapat membantu dalam pengenalpastian dan penyelesaian kepada masalh-masalah serta cabaran-cabaran yang sedang atau bakal dihadapi. Semua pegawai gred 41 dan ke atas adalah dijemput hadir.

Jadual perjumpaan pegawai mengikut gred :

Tarikh

Gred Jawatan

Masa

Tempat

 

11 Februari 2009 (Rabu)

N41-

8.30 am – 9.30 am

Galeri

S41-  (Sosial)

10.00 am – 11.00 am

Galeri

W41-

12.00 pm – 1.00 pm

Galeri

 

12 Februari 2009 (Khamis)

C41- , U41- dan Q1-

8.30 am – 9.30 am

Galeri

J41- dan KP41-

10.00 am – 11.00 am

Galeri

F41-

12.00 pm – 1.00 pm

Galeri

23 Februari 2009 (Isnin)

** Untuk Kampus Antarabangsa Labuan Sahaja

Semua Gred Jawatan

2.00 pm

Bilik Seminar, Bangunan Podium UMSKAL

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS 2008 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 5:12 am

Sekali lagi PPUMS menganjurkan acara tahunan untuk semua ahli PPUMS. Setelah dua tahun berturut2 dibuat di Marina Club, Ramadhan kali ini PPUMS telah mengadakan majlis “Sungkai” bersama ahli-ahlinya di Hyatt la pula. Bertukar angin la kononnya…”besasak inda apa asal makannya sedap” :)

Lebih kurang 30 orang ahli PPUMS yang hadir pada majlis ini. Pn. Dg. Rukiah pun datang tau…tapi gambar2 ahli yang lain tu akan dipost kan ke dalam blog ini setelah saya dapat gambar2 dari semua ahli yang membawa kamera pada hari tersebut ok.

Y.B’usaha Tuan Pendaftar kita tidak dapat hadir memandangkan beliau bertugas ke luar negara pada tarikh ini.

Yang pasti acara tahunan ini semestinya mencapai objektif utama nya iaitu :

a) semua dapat berkumpul dan meningkatkan tahap kemesraan di kalangan ahli PPUMS dan ahli keluarga;

b) makan la…apa lagi… :)

Insya Allah kalau dipanjangkan umur kita jumpa di Ramadhan yang akan datang.

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS Tahun 2006 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 2:58 am

Majlis Berbuka Puasa ahli-ahli PPUMS merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PPUMS. Di samping mengumpulkan para ahli PPUMS dan keluarga masing-masingdi bulan Ramadhan yang mulia, para ahli juga dapat bertukar perancangan untuk giliran membuat “Open House” pada hari raya nanti :)

Pada tahun 2006, majlis bebruka puasa telah diadakan di Marina Club, Sutera Harbour Golf & Country Club. Tarikh saya kurang ingat. Mohon input dari para ahli/pembaca yang maklum.

Untuk makluman semua, gambar-gambar yang dimasukkan merupakan gambar yang diambil dari koleksi peribadi. Jadi maaf kalau hanya muka-muka tertentu sahaja yang ada. Harap-harap, kepada semua yang ada menyimpan gambar-gambar pada majlis ini dan juga sebarang aktiviti adalah dialu-alukan untuk mengemail kepada Biro Penerangan PPUMS untuk di-upload dalam blog ini. Thank you ;)

 

Family Day 2007 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 8:07 am

Sehari selepas bermesyuarat agung tahunan, PPUMS sekali lagi melaksanakan aktiviti santai iaitu Hari Keluarga PPUMS sebagai penutup tirai tahun 2007.

Hari keluarga PPUMS telah diadakan pada 30 Disember 2007 (Ahad) bertempat di Marina Club. Hari keluarga PPUMS yang buat julung kalinya diadakan ini telah disambut dengan meriah oleh para ahli-ahli PPUMS beserta ahli keluarga masing-masing.

Para ahli berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk bersarapan bersama dan seterusnya ke gelanggang permainan untuk pelbagai aktiviti yang amat mencuit hati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ahli PPUMS serta ahli keluarga masing-masing.

Terima kasih daun keladi kepada semua ahli PPUMS dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana…InsyaAllah tahun 2008 kita berjumpa lagi.

Kepada para rakan pegawai yang belum menyertai keahlian PPUMS, we are pleased to welcome all of you to join…JOM JOIN PPUMS!!! :)

 

Annual General Meeting 2007 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,S/U Corner — ppums08 @ 7:57 am

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PPUMS bagi tahun 2007 telah berlangsung pada 29 Disember 2007 bertempat di Meeting Room, Aras 1, Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Golf & Country Club jam 2.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Bin Dalimin, mantan Naib Canselor UMS. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon (mantan Timbalan Naib Canselor P&I), En. Abdullah Hj. Mohd. Said (Pendaftar) dan Pn. Dg. Rukiah Ag. Amit (Pemangku Ketua Pustakawan).

 

Kursus Amalan 5S September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 6:32 am

Kursus Pengenalan Terhadap Amalan 5S telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2007 anjuran Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar dengan menjadikan para pegawai dan kakitangan sokongan setiap JSPIU sebagai kumpulan sasar.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari NPC (kini dikenali sebagai MPC), En. Edward. Selain diberikan pendedahan tentang amalan 5S, para peserta juga diberikan peluang melawat Pejabat INTAN Sabah di Wisma Perindustrian bagi melihat sendiri amalan 5S yang telah dilaksanakan di agensi tersebut.

Sememangnya amalan 5S ini amat baik jika dapat dilaksanakan di peringkat JSPIU memandangkan ianya amat membantu pelaksanaan tugas secara efektif dan efisien.

 

Bengkel Sehari Pengendalian Mesyuarat September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 6:03 am

Pada 06 Mac 2007 yang lalu bengkel setengah hari pengendalian dan Pelaksanaan Mesyuarat anjuran bersama PPUMS dan Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar telah dilaksanakan.

Walaupun bengkel ini diadakan dalam tempoh yang amat singkat, ianya berjaya memupuk semangat perkongisan ilmu di kalangan pegawai di UMS.

Apa yang lebih menarik dalam bengkel ini, ianya dikendalikan oleh ahli PPUMS sendiri iaitu Cik Norti Hj. Sirin sebagai Penceramah utama dan Cik Sharifah Ismail sebagai Penceramah kedua.

Selain itu, Pn. Nafisah Hj. Hasan, mantan Timbalan Pendaftar (Bahagian Hal Ehwal Akademik) UMS juga turut hadir bagi menjayakan dan memberikan sokongan padu pada hari tersebut.

Bengkel seumpama ini ada baiknya diteruskan dan pihak PPUMS mengalu-alukan sebarang cadangan tajuk dari para ahlinya untuk tujuan ini.

 

RETREAT PPUMS 2006 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 3:09 am

Retreat Pegawai Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) telah berlangsung di Lembah Impian, Penampang pada November 2006. Retreat yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar ini telah dihadiri seramai lebih kurang 20 pegawai dari pelbagai JSPIU.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada retreat tersebut...

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada retreat tersebut...

Mohon maaf memandangkan perincian berhubung retreat ini tidak dapat dimasukkan di sini atas masalah teknikal…bagaimanapun, para ahli yang mempunyai info lengkap boleh lah menambah di ruangan “Comment” yang disediakan. :)

Beberapa siri retreat untuk para pegawai UMS telah diadakan dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa ke arah memperkasakan pengurusan dan profesional (bukan akademik) UMS.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.