PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Semoga Cepat Sembuh November 15, 2008

Filed under: Biro Kebajikan & Khidmat Sosial,Informasi — ppums08 @ 12:08 pm

Beberapa minggu kebelakangan ini kita dihujani dengan berita beberapa rakan yang telah ditimpa musibah berikutan kesihatan.

Bagaimanapun, pada ketika ini penulis blog dimaklumkan bahawa Pn. Sarlona telah selamat menjalani pembedahan dan dijangka akan balik ke Kota Kinabalu pada 20 November depan. Bagi pihak PPUMS, didoakan agar Pn. Sarlona dan En. Matusup mendapat kesembuhan yang segera dan selamat menjalankan tugas kembali…Insya-Allah.

Bagi rakan PPUMS yang lain, marilah kita bersama meningkatkan mutu kesihatan diri masing-masing demi keluarga tercinta. Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

 

AL-FATIHAH October 5, 2008

Filed under: Biro Kebajikan & Khidmat Sosial,Informasi — ppums08 @ 5:16 am

5 Oct / 5 Syawal – PPUMS dikejutkan dengan berita kematian salah seorang rakan pegawai, Cik Nur Khairiah, Pegawai Aduan JPP. Sumber mengatakan beliau sedang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu untuk bertugas semula setelah pulang dari cuti berhari raya pada malam 4 Okt. Bagaimanapun, kereta yang dinaiki telah terbabas ke dalam gaung dan telah meninggal di tempat kejadian.

Pada ketika blog ini ditulis, dimaklumkan jenazah Allahyarhamah sedang diuruskan di Masjid Bandaraya dan Tuan Presiden PPUMS, En. No,man Hj. Ahmad serta beberapa rakan lain juga berada di sana untuk membantu. 

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa kembali ke Tawau untuk dikebumikan di sana lewat petang nanti.

Bagi pihak rakan PPUMS, takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan kami iringi do’a semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Amiin. Al-Fatihah….

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS 2008 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 5:12 am

Sekali lagi PPUMS menganjurkan acara tahunan untuk semua ahli PPUMS. Setelah dua tahun berturut2 dibuat di Marina Club, Ramadhan kali ini PPUMS telah mengadakan majlis “Sungkai” bersama ahli-ahlinya di Hyatt la pula. Bertukar angin la kononnya…”besasak inda apa asal makannya sedap” :)

Lebih kurang 30 orang ahli PPUMS yang hadir pada majlis ini. Pn. Dg. Rukiah pun datang tau…tapi gambar2 ahli yang lain tu akan dipost kan ke dalam blog ini setelah saya dapat gambar2 dari semua ahli yang membawa kamera pada hari tersebut ok.

Y.B’usaha Tuan Pendaftar kita tidak dapat hadir memandangkan beliau bertugas ke luar negara pada tarikh ini.

Yang pasti acara tahunan ini semestinya mencapai objektif utama nya iaitu :

a) semua dapat berkumpul dan meningkatkan tahap kemesraan di kalangan ahli PPUMS dan ahli keluarga;

b) makan la…apa lagi… :)

Insya Allah kalau dipanjangkan umur kita jumpa di Ramadhan yang akan datang.

 

Majlis Berbuka Puasa Ahli PPUMS Tahun 2006 September 25, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 2:58 am

Majlis Berbuka Puasa ahli-ahli PPUMS merupakan acara tahunan yang diadakan oleh PPUMS. Di samping mengumpulkan para ahli PPUMS dan keluarga masing-masingdi bulan Ramadhan yang mulia, para ahli juga dapat bertukar perancangan untuk giliran membuat “Open House” pada hari raya nanti :)

Pada tahun 2006, majlis bebruka puasa telah diadakan di Marina Club, Sutera Harbour Golf & Country Club. Tarikh saya kurang ingat. Mohon input dari para ahli/pembaca yang maklum.

Untuk makluman semua, gambar-gambar yang dimasukkan merupakan gambar yang diambil dari koleksi peribadi. Jadi maaf kalau hanya muka-muka tertentu sahaja yang ada. Harap-harap, kepada semua yang ada menyimpan gambar-gambar pada majlis ini dan juga sebarang aktiviti adalah dialu-alukan untuk mengemail kepada Biro Penerangan PPUMS untuk di-upload dalam blog ini. Thank you ;)

 

Family Day 2007 September 22, 2008

Filed under: Aktiviti PPUMS,Biro Kebajikan & Khidmat Sosial — ppums08 @ 8:07 am

Sehari selepas bermesyuarat agung tahunan, PPUMS sekali lagi melaksanakan aktiviti santai iaitu Hari Keluarga PPUMS sebagai penutup tirai tahun 2007.

Hari keluarga PPUMS telah diadakan pada 30 Disember 2007 (Ahad) bertempat di Marina Club. Hari keluarga PPUMS yang buat julung kalinya diadakan ini telah disambut dengan meriah oleh para ahli-ahli PPUMS beserta ahli keluarga masing-masing.

Para ahli berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk bersarapan bersama dan seterusnya ke gelanggang permainan untuk pelbagai aktiviti yang amat mencuit hati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ahli PPUMS serta ahli keluarga masing-masing.

Terima kasih daun keladi kepada semua ahli PPUMS dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana…InsyaAllah tahun 2008 kita berjumpa lagi.

Kepada para rakan pegawai yang belum menyertai keahlian PPUMS, we are pleased to welcome all of you to join…JOM JOIN PPUMS!!! :)

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.