PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

PPUMS in Brief September 18, 2008

Filed under: Informasi — ppums08 @ 9:17 am

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS) awalnya dikenali sebagai Persatuan Pegawai Profesional dan Iktisas UMS. Mesyuarat pertama bagi cadangan penubuhan persatuan ini telah diadakan pada 09 Disember 2000 di Bilik Mesyuarat JPP, Aras 6, Blok Utara Bangunan Canselori (kini merupakan Pejabat Pusat Dana Luar UMS). Kertas cadangan bagi penubuhan persatuan ini telah dibentangkan dan semua ahli yang hadir pada ketika itu bersetuju untuk menubuhkan JK Protem yang bertanggungjawab menggerakkan seterusnya mendaftarkan persatuan yang bakal ditubuhkan ini. Y.B’usaha En. Abdullah Hj. Mohd. Said yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendaftar (Bahagian Sumber Manusia) Jabatan Pendaftar telah diberikan mandat dilantik sebagai Presiden JK PROTEM dengan dibantu oleh En. No’man Hj. Ahmad sebagai Naib Presiden.

Hasil usaha JK Protem, maka lahirlah Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS).

Mesyuarat Agung PPUMS yang Pertama telah diadakan pada 25 Jun 2005 di Galeri , Aras 3 bangunan Canselori yang telah dihadiri oleh 50 orang ahli.

Pada mesyuarat tersebut, JK Protem telah dibubarkan dengan rasminya dan AJK Tertinggi / EXCO PPUMS telah dilantik bagi menerajui PPUMS. Selain itu, Perlembagaan Persatuan juga telah disahkan pada mesyuarat tersebut.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s