PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

AL-FATIHAH October 5, 2008

Filed under: Biro Kebajikan & Khidmat Sosial,Informasi — ppums08 @ 5:16 am

5 Oct / 5 Syawal – PPUMS dikejutkan dengan berita kematian salah seorang rakan pegawai, Cik Nur Khairiah, Pegawai Aduan JPP. Sumber mengatakan beliau sedang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu untuk bertugas semula setelah pulang dari cuti berhari raya pada malam 4 Okt. Bagaimanapun, kereta yang dinaiki telah terbabas ke dalam gaung dan telah meninggal di tempat kejadian.

Pada ketika blog ini ditulis, dimaklumkan jenazah Allahyarhamah sedang diuruskan di Masjid Bandaraya dan Tuan Presiden PPUMS, En. No,man Hj. Ahmad serta beberapa rakan lain juga berada di sana untuk membantu. 

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa kembali ke Tawau untuk dikebumikan di sana lewat petang nanti.

Bagi pihak rakan PPUMS, takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan kami iringi do’a semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman… Amiin. Al-Fatihah….

 

One Response to “AL-FATIHAH”

  1. jdBPK Says:

    Kita bersyukur kerana kita memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Mari kita manfaatkan hidup ini dengan sentiasa rajin bersedekah kepada sesiapa sahaja yang telah lebih dahulu menjadi tetamu-Nya.

    Saya memetik kata-kata sahabat karib saya Ustaz Issraq Ramli untuk renungan kita bersama “… kita menyaksikan pemergian insan-insan yang kita sayangi, ahli-ahli keluarga dan sanak saudara, mengejutkan kita seolah-olah pada tahun ini adalah tahun “pemergian” bagi UMS. Ada yang telah dipanggil menjadi tetamu Allah di bumi Haramain , namun atas ketentuanNya dia dipanggil terus menjadi tetamuNya selama-lamanya. Suatu ketentuan yang tidak mungkin dapat disangkal dan ditunda bila Allah telah memanggil hambaNya. Firman Allah Taala: (..dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakan esok dan tiada pula seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati…) Luqman:34.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s