PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Semoga Cepat Sembuh February 24, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 6:50 am
Tags:

Kepada semua rakan pegawai,
Marilah sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan Pn. Harniwaty Ahmad Ali (PP SPKS) yang telah selamat menjalani pembedahan di Sabah Medical Centre, Jalan Damai KK pada 23 Feb 2009 (Isnin). Semoga beliau diberikan kesembuhan yang segera. Amiin.

 

Luncheon Talk Bil. 1/2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 6:30 am
Tags:

            PENGUMUMAN  PPUMS                

 

Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Akta 605??

Kenapa Perlu Tahu??

 

Adakah Satu Kesalahan Jika Sebagai Penjawat Awam Kurang Cekap @  Kurang Berusaha @ Tiada Inisiatif Untuk Menyelesaikan Urusan Kerja Seberapa Segera?

 

Bolehkah Seorang Penjawat Awam Membelakangkan Kewajipannya Kepada Badan Berkanun Demi Kepentingan Peribadinya?

 

Bolehkan Penjawat Awam Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Daripada Emolumen Rasmi Dan Pendapatan Persendirian Yang Sah?

 

Bolehkan seorang Penjawat Awam Menerima/Memberi Keraian?

 

Adakah anda tahu seorang Penjawat Awam itu Ditegah Penerbitan Buku Berdasarkan Maklumat Terperingkat Dan Ditegah  Penyunting Akhbar/ Majalah/ Jurnal?

 

 

ADAKAH ANDA PATUH ATAU INGKAR???

 

SEMUA ITU AKAN TERJAWAB SEMASA

 

LUNCHEON TALK

 

Akta 605:  Patuh @ Ingkar ??

 

TARIKH: 25 FEBRUARI 2009 (RABU)

MASA: 9.30 pagi (MAJLIS BERMULA)

TEMPAT: AUDITORIUM PERPUSTAKAAN

 

Anjuran

PERSATUAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK

DENGAN KERJASAMA  

BAHAGIAN PERUNDANGAN & TATATERTIB, JABATAN PENDAFTAR

 

ALL ARE WELCOME…

 

A Warmest Thankful to All

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 1:14 am

PPUMS Exco would like to thank all collegues and friends who had attended the gathering sessions with PPUMS on 18 & 19th March 2009. All opinions, suggestions and supports will be taken into considerations for the betterment of our career in near future, Insya Allah.
We also welcome suggestions and comments from all for continuos improvements. Thanks again. Together we success towards university’s good governance 🙂

 

February 16, 2009

Filed under: Informasi — ppums08 @ 12:05 am
Tags:

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AKTA 30): PINDAAN 2009

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) adalah merupakan akta utama yang menjadi asas penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Akta ini yang diwujudkan pada tahun 1971 telahpun dipinda 4 kali sepanjang kewujudannya. Kali terakhir pindaan adalah pada 1996 apabila sebanyak 58 pindaan telah dibuat selaras dengan fasa pengkorporatan universiti pada ketika ini.

Setelah 12 tahun pindaan terakhir berkenaan, Parlimen telah meluluskan untuk meminda sekali lagi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1972 (Akta 30). Maka pada 8 Januari 2009, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2009 (Akta A1342) telahpun diwartakan. Walaupun demikian, pemakaian dan penguatkuasaan segala pindaan berkenaan masih belum dilaksanakan. Berdasarkan kepada Akta A1342 ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah diberikan kuasa untuk menentukan tarikh penguatkuasaan pindaan-pindaan berkenaan.

Secara ringkasnya pindaan kali ini membabitkan 2 bahagian utama dalam pengurusan universiti seperti berikut-

i. Tadbir Urus Universiti yang menyentuh mengenai fungsi dan kuasa Menteri, kuasa-kuasa universiti, pewujudan Ketua Kampus Cawangan, Komposisi dan kuasa Lembaga Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Senat dan lain-lain yang berkaitan.

ii. Pengurusan kebajikan dan tatatertib pelajar

Bagi kesempatan yang ada ini dikemukan penjelasan berhubung pindaan-pindaan terhadap Pihak Berkuasa-pihak berkuasa Universiti sahaja.

Perkara

Akta 30 sebelum pindaan

Akta 30 selepas pindaan 2009

Ahli Lembaga Pengarah

Keanggotaan adalah seramai 8 orang iaitu-

(a) Pengerusi;

(b) Naib Canselor;

(c) dua orang yang mewakili Kerajaan;

(d) satu orang yang mewakili masyarakat tempat terletaknya Universiti itu; dan

(e) tidak lebih daripada tiga orang yang dengan pengetahuan atau pengalaman mereka boleh, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka daripada sektor swasta.

eanggotaan adalah seramai 13 orang iaitu-

(a) Pengerusi;

(b) Naib Canselor;

(c) dua orang pegawai daripada perkhidmatan awam;

(d) seorang yang mewakili masyarakat di tempat terletaknya Universiti itu;

(e)seorang profesor Universiti yang dipilih oleh Senat daripada kalangan ahli yang disebut dalam perenggan 17(d) Perlembagaan [iaitu di kalangan 20 Profesor yang dipilih oleh oleh semua Profesor dan Profesor Madya]; dan

(f) lima orang yang terdiri daripada tiga orang daripada sektor swasta, seorang daripada alumni Universiti dan seorang lagi dari dalam atau luar Universiti yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh membantu Lembaga.

Senat

Keanggotaan adalah seperti berikut-

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) semua Timbalan Naib Canselor;

(c) semua Dekan Fakulti dan semua Ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti;

(d) tidak lebih daripada dua puluh orang profesor yang hendaklah ditentukan oleh Naib Canselor.

(e) Naib Canselor boleh dari semasa ke semasa mengko-opt mana-mana orang lain untuk menjadi ahli Senat atau untuk menghadiri mesyuarat Senat.

Keanggotaan adalah seperti berikut-

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b) semua Timbalan Naib Canselor;

(c) semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti;

(d) tidak lebih daripada dua puluh orang profesor yang dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor sepenuh masa dan profesor madya Universiti; dan

.(e) tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga tahun

(f) Senat boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuk mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat Senat.

(g) Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Senat.

Kuasa-kuasa Lembaga dan Senat

Lembaga adalah menjadi badan kerja bagi Universiti, dan boleh

menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti.

Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah, iploma,

sijil dan kepujian akademik yang lain.

Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan apa-apa perkara dalam kuasa Senat, melainkan jika Senat terlebih dahulu diberi peluang mencatatkan dan menghantarkan pendapatnya kepada Lembaga mengenai perkara itu.

[Nota: Pada ketika ini, Lembaga berhak untuk menolak atau menangguhkan kelulusan terhadap sebarang cadangan yang diluluskan Senat]

Lembaga hendaklah menjadi badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti, dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti kecuali setakat yang kuasa itu

diberikan oleh Perlembagaan ini atau Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan kepada Pihak Berkuasa, badan atau kepada pegawai lain Universiti.

Senat mengekalkan fungsinya sebagai sebuah badan akademik dan mempunyai kuasa tambahan seperti berikut-

a) untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut, dan jabatan, unit atau badan di bawah Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu;

(b) dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;

(c) untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran, pelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;

(d) untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;

(e) untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;

(f) untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;

(g) untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan dan menentukan rayuan;

(h) untuk menggubal dasar bagi melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan

(i) untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan.

Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri

Jawatankuasa Pengurusan Universiti

Penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti adalah di bawah statut mengikut seksyen 12 Perlembagaan. Bagi UMS, Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti adalah seperti berikut-

i. Naib Canselor

ii. Timbalan-timbalan Naib Canselor

iii. Pendaftar

iv. Bendahari

v. Ketua Perpustakaan

Satu seksyen baru telah dimasukkan di dalam Perlembagaan iaitu seksyen 17A yang menyebut secara jelas penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Universiti sebagai salah satu pihak berkuasa universiti. Keanggotaan dan fungsinya adalah seperti berikut-

(a) Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b) semua Timbalan Naib Canselor;

(c) Pendaftar;

(d) Bursar;

(e) Penasihat Undang-Undang; dan

(f) mana-mana pegawai lain Universiti yang dilantik oleh Naib Canselor.

Jawatankuasa Pengurusan Universiti hendaklah menasihati Naib Canselor berhubung dengan fungsi pentadbiran dan pengurusannya.

Fakulti, Sekolah, Akademi, Institut, Pusat

Perlantikan Dekan/Timbalan Dekan /Ketua sesuatu Fakulti, Sekolah, Akademi, Institut atau Pusat adalah di bawah kuasa Naib Canselor

Perlantikan Dekan/Timbalan Dekan/ Keua sesuatu Fakulti, Sekolah, Akademi. Institut dan Pusat adalah di bawah kuasa Naib Canselor selepas berunding dengan kakitangan akademik sekolah, akademi, institut dan pusat berkenaan.

Jawatankuasa Pemilih

Bagi Jawatan Kerusi, Jawatankuasa Pemilih adalah terdiri daripada-

(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b) dua ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga;

(c) Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut yang baginya Kerusi itu diuntukkan; dan

(d) dua ahli Senat yang dilantik oleh Senat.

Jawatankuasa Pemilih untuk jawatan Kerusi ini mempunyai kuasa juga untuk melantik perlantikan Profesor Kanan, Profesor, Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Pegawai Undang-undang.

Jawatankuasa Kebajikan Pekerja

Tidak ada peruntukan di bawah AUKU untuk menubuhkan Jawatankuasa Kebajikan Pekerja ini. Pada ketika ini, semua isu mengenai kebajikan pekerja dibincangkan di dalam Majlis Bersama Jabatan yang ditubuhkan secara pentadbiran.

Jawatankuasa Kebajikan Pekerja ditubuhkan di bawah seksyen baru 20A Perlembagaan yang hendaklah

terdiri daripada—

(a) seorang ahli Lembaga yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b) Naib Canselor;

(c) Pendaftar;

(d) Bursar; dan

(e) seorang ahli daripada setiap kesatuan pekerja atau persatuan pekerja berdaftar Universiti.

Jawatankuasa Kebajikan Pekerja hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang berhubungan dengan

kebajikan pekerja sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.

Jawatankuasa Kebajikan Pelajar

Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut-
i.
Naib Canselor sebagai Pengerusi

ii. Orang lain yang dilantik oleh Lembaga

Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut-

(a) Naib Canselor, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b) dua orang ahli yang dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar; dan

(c) mana-mana ahli lain yang dilantik oleh Lembaga.”;

Pertikaian

Tidak terdapat mana-mana peruntukan yang menyebut apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku pertikaian di antara Pihak-pihak Berkuasa atau di antara pegawai dengan Pihak-pihak Berkuasa mengenai ruang lingkup dan takat kuasa masing-masing.

Satu peruntukan baru dimasukkan untuk menangani pertikaian ini dengan menyebut –

(1) Apa-apa pertikaian antara Pihak Berkuasa, atau antara seseorang Pegawai dengan suatu Pihak Berkuasa mengenai ruang lingkup dan takat kuasa, fungsi atau bidang kuasanya boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri dan Menteri boleh memutuskan pertikaian itu sendiri atau melantik suatu Panel Penyelesaian Pertikaian untuk memutuskan pertikaian itu.

(2) Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah ditubuhkan daripada kalangan orang ternama dari dalam atau luar Universiti yang bukan pegawai, pekerja atau ahli Pihak Berkuasa yang berkenaan.

(3) Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah terdiri

daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli lain.

(4) Panel Penyelesaian Pertikaian hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

(5) Keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian adalah muktamad dan konklusif dan hendaklah mengikat pihak-pihak kepada pertikaian itu.

Disediakan dan disusun oleh:

Awang Suhaizam bin Bungso

Penolong Pendaftar Kanan

Bahagian Perundangan dan Tatatertib
15 Februari 2009

 

KONVENSYEN KIK PERINGKAT IPTA KALI KE-5, UMS February 12, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:02 am
Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-5 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat A1 dan B1, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 6 & 7 Februari 2009 yang lalu. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Ballroom 1 Borneo pada 7 Feb 2009.
Sesi Pendaftaran Peserta & Pemerhati dari IPTA
Sesi Pendaftaran Peserta & Pemerhati dari IPTA

Walaupun UMS tidak menghantar sebarang penyertaan pada konvensyen kali ini, kita amat berbangga kerana penganjuran Konvensyen KIK ini telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Inilah hasil kerja berpasukan yang timbul di kalangan para pegawai dan kakitangan sokongan/pentadbiran di bawah seliaan En. Darwis Awang, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar selaku Pengerusi JK Pelaksana, dan juga pimpinan En. Abdullah Hj. Mohd. Said, Pendaftar UMS selaku Penasihat kepada JK Pelaksana ini. Kita boleh berbangga kerana terbukti, walaupun dalam kesibukan tugas harian di pejabat masing-masing, para pegawai UMS amat komited dan bersedia berbakti pada masa diperlukan demi organisasi kita ini.

Melalui usaha dan kerja keras yang telah dicurahkan oleh semua pihak, UMS telah berjaya menganjurkan acara tahunan yang disertai oleh seluruh IPTA di UMS sebagai pembuka tirai tahun 2009 ini.

Majlis Penutupan dan Penyampain hadiah telah diadakan pada 7 Februari 2009 di Ballroom 1 Borneo yang telah dirasmikan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB’usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, Timbalan Naib Canselor (P&I). Pada majlis tersebut semua tetamu yang hadir amat terhibur dengan persembahan kebudayaan dan di selang-selikan dengan nyanyian persembahan dari pelajar Sekolah Pengajian Seni di bawah penyelarasan En. Samsuidin Nurdin (Ketua JK Persembahan). Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-5. Senarai pemenang yang lengkap akan diupdate pada post yang akan datang kerana belum mendapat maklumat sepenuhnya 🙂

Bagi pihak PPUMS, saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua rakan pegawai dan kakitangan sokongan yang telah menyumbang tenaga dalam penganjuran konvensyen ini. Sememangnya kita perlu perbanyakkan aktiviti-aktiviti penganjuran seperti ini di mana SEMUA PEGAWAI dapat bekerja bersama untuk menjayakan aktiviti seperti ini agar kesepakatan dan kemesraan kita lebih padu dan terjalin erat.

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB'usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, TImbalan Naib Canselor (P&I)

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB'usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, TImbalan Naib Canselor (P&I)

Dengan penganjuran ini melalui para pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penganjuran ini serta para kumpulan pemerhati UMS telah dapat input dan gambaran jelas agar kita dapat membentuk kumpulan KMK seterusnya dapat menyertai Konvensyen KIK yang akan datang. UMS BOLEH BAH!!!

 
Antara para pegawai yang terlibat dan hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK

Antara para pegawai yang terlibat dan hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK

 

Perjumpaan EXCO PPUMS Bersama Pegawai Pengurusan & Profesional Mengikut Gred Jawatan February 10, 2009

Filed under: Aktiviti PPUMS — ppums08 @ 4:49 am

Bagi pihak Exco PPUMS, sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan bersama para pegawai pengurusan & profesional (Bukan Akademik) akan diadakan mengikut gred jawatan seperti yang dipaparkan dalam jadual di bawah.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk mendapatkan input daripada semua pegawai bagi memantapkan lagi peranan kita sebagai pegawai kerajaan di Universiti ini. Selain itu, diharap perjumpaan ini juga dapat membantu dalam pengenalpastian dan penyelesaian kepada masalh-masalah serta cabaran-cabaran yang sedang atau bakal dihadapi. Semua pegawai gred 41 dan ke atas adalah dijemput hadir.

Jadual perjumpaan pegawai mengikut gred :

Tarikh

Gred Jawatan

Masa

Tempat

 

11 Februari 2009 (Rabu)

N41-

8.30 am – 9.30 am

Galeri

S41-  (Sosial)

10.00 am – 11.00 am

Galeri

W41-

12.00 pm – 1.00 pm

Galeri

 

12 Februari 2009 (Khamis)

C41- , U41- dan Q1-

8.30 am – 9.30 am

Galeri

J41- dan KP41-

10.00 am – 11.00 am

Galeri

F41-

12.00 pm – 1.00 pm

Galeri

23 Februari 2009 (Isnin)

** Untuk Kampus Antarabangsa Labuan Sahaja

Semua Gred Jawatan

2.00 pm

Bilik Seminar, Bangunan Podium UMSKAL