PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

KONVENSYEN KIK PERINGKAT IPTA KALI KE-5, UMS February 12, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:02 am
Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-5 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Kuliah Pusat A1 dan B1, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 6 & 7 Februari 2009 yang lalu. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah diadakan di Ballroom 1 Borneo pada 7 Feb 2009.
Sesi Pendaftaran Peserta & Pemerhati dari IPTA
Sesi Pendaftaran Peserta & Pemerhati dari IPTA

Walaupun UMS tidak menghantar sebarang penyertaan pada konvensyen kali ini, kita amat berbangga kerana penganjuran Konvensyen KIK ini telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. Inilah hasil kerja berpasukan yang timbul di kalangan para pegawai dan kakitangan sokongan/pentadbiran di bawah seliaan En. Darwis Awang, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar selaku Pengerusi JK Pelaksana, dan juga pimpinan En. Abdullah Hj. Mohd. Said, Pendaftar UMS selaku Penasihat kepada JK Pelaksana ini. Kita boleh berbangga kerana terbukti, walaupun dalam kesibukan tugas harian di pejabat masing-masing, para pegawai UMS amat komited dan bersedia berbakti pada masa diperlukan demi organisasi kita ini.

Melalui usaha dan kerja keras yang telah dicurahkan oleh semua pihak, UMS telah berjaya menganjurkan acara tahunan yang disertai oleh seluruh IPTA di UMS sebagai pembuka tirai tahun 2009 ini.

Majlis Penutupan dan Penyampain hadiah telah diadakan pada 7 Februari 2009 di Ballroom 1 Borneo yang telah dirasmikan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB’usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, Timbalan Naib Canselor (P&I). Pada majlis tersebut semua tetamu yang hadir amat terhibur dengan persembahan kebudayaan dan di selang-selikan dengan nyanyian persembahan dari pelajar Sekolah Pengajian Seni di bawah penyelarasan En. Samsuidin Nurdin (Ketua JK Persembahan). Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali Ke-5. Senarai pemenang yang lengkap akan diupdate pada post yang akan datang kerana belum mendapat maklumat sepenuhnya🙂

Bagi pihak PPUMS, saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua rakan pegawai dan kakitangan sokongan yang telah menyumbang tenaga dalam penganjuran konvensyen ini. Sememangnya kita perlu perbanyakkan aktiviti-aktiviti penganjuran seperti ini di mana SEMUA PEGAWAI dapat bekerja bersama untuk menjayakan aktiviti seperti ini agar kesepakatan dan kemesraan kita lebih padu dan terjalin erat.

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB'usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, TImbalan Naib Canselor (P&I)

Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh wakil Naib Canselor UMS, YB'usaha Prof. Dr. Rosnah Ismail, TImbalan Naib Canselor (P&I)

Dengan penganjuran ini melalui para pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penganjuran ini serta para kumpulan pemerhati UMS telah dapat input dan gambaran jelas agar kita dapat membentuk kumpulan KMK seterusnya dapat menyertai Konvensyen KIK yang akan datang. UMS BOLEH BAH!!!

 
Antara para pegawai yang terlibat dan hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK

Antara para pegawai yang terlibat dan hadir pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s