PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS March 13, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 2:38 am
Tags:

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS
TEMPAT: CITY FUTSAL CENTRE, MENGGATAL
TARIKH: 25 MAC 2009

1.0. Pengenalan

1.1. Persatuan Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Bagi mengeratkan hubungan sesama ahli ini, Exco Sukan dan Rekreasi PPUMS akan menganjurkan pertandingan Futsal PPUMS antara gred jawatan iaitu daripada gred 41 dan ke atas.
1.2. Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PPUMS di mana piala pusingan akan menjadi rebutan setiap pasukan.
1.3. Pertandingan ini akan diadakan pada 25 Mac 2009 bertempat di City Futsal Centre, Menggatal bermula jam 7.00 malam.

2.0. Objektif

2.1. Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PPUMS.
2.2. Membentuk sebuah pasukan Futsal PPUMS yang mantap bagi menghadapi perlawanan persahabatan dan pertandingan pada masa yang akan datang.
2.3. Memupuk semangat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai pengurusan dan profesional UMS.

3.0 Syarat pertandingan

3.1 Hanya kakitangan pengurusan dan profesional gred 41 dan ke atas sahaja yang layak bertanding. Walau bagaimanapun, pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang pemain gred 27 dan ke atas bagi memberi peluang lepada ahli bersekutu PPUMS melibatkan diri di dalam kejohanan ini.
3.2. Perlawanan di adakan secara liga 2 kumpulan di mana 3 pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Hanya Johan dan N. Johan kumpulan sahaja yang layak masuk ke perlawanan kalah mati di separuh akhir.
3.3. Masa perlawanan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa. Pasukan yang menang akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 12 orang pemain sahaja. Hanya 5 orang pemain yang akan berada di dalam gelanggang ketika bermain dan pasukan wajib menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap perlawanan.

4.0 Pasukan Yang Bertanding

4.1. Kumpulan A
A1 Gred N (Canselori) (Pengurus: Talib Abdullah Shani/Penolong: Taufeck Guntok)
A2 Gred J (Pengurus: Jorin Matawas/Penolong: Henry Vincent)
A3 Gred S, K & B (Pengurus: Zawawi Tiyunin/Penolong: Ahmadi Nurdin)

4.2. Kumpulan B
B1 Gred N (J/S/P/I/U) (Pengurus: Samsuidin Nurdin/Penolong: Suhaimie Sahabuddin)
B2 Gred C, F, U & Q (Pengurus: Johan Alexander/Penolong: Thomas George)
B3 Gred W (Pengurus: Mohamad Edrus Othman/Penolong: Syukry Mohd. Sidek)

 

2 Responses to “KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS”

  1. Suhaimie Says:

    Marilah kita turun beramai-ramai untuk menjayakan aktiviti futsal ni…. Yg pasti Team N dari J/S/P/I/U akan jadi juara….

  2. sHaH Says:

    hopefully ada lah pegawai2 yang baru join futsal ni ya.. tunjuk la bakat korang yang dah lama berkarat tu…jgn plak nnt ada peg baru yang x kenal senior…
    bro suhaimie..belum cuba belum tau.. dont under estimate ur enemy…hahahaha. KP & S (Kami pasti sondol) apa yg ada di depan… wish u all luck..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s