PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Menangani Stress Sebab Perangai Kawan Satu Kerja May 11, 2009

Filed under: Uncategorized — ppums08 @ 11:37 pm

Artikel ini telah diterima melalui email dari En. Sarianshah Shamsuddin, Pegawai Keselamatan UMS, dipetik dari iMotivasi – Artikel Dari Blog Motivasi
Menangani Stress Sebab Perangai Kawan Satu Kerja. Selamat membaca.

Jika Anda stress bekerja sebab tertekan oleh perangai rakan sekerja, cara terbaik adalah tegur dengan berhemah. Jangan terlalu main berani, kelak memakan diri sendiri.

Nak menegur, cari masa yang sesuai, tempat yang sesuai. Sebelum ngadu dengan bos, dengan penyelia, selesaikan dengan bicara dari hati ke hati dulu. Kalo tu jugak tak selesai, minta orang atas selesaikan.

Ada orang tak bersemangat pergi kerja sebab dia tertekan oleh perangai kawan sekerja. Ada kawan yang suka hentam belakang, pemanas tak tentu pasal, suka mendera atau suka mengenakan, memperbodohkan tanpa mempedulikan perasaan Anda. Ada kawan yang suka ambik kesempatan, dia main tinggal kerja camtu aje, biar Anda sibuk sorang-sorang memperhabiskannya.

Faktor-faktor di atas adalah beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa Anda stress dek perangai kawan di tempat kerja. Bila berada dalam situasi camni, memang susah nak mencari ketenangan. Anda akan makin stress sebab asal sampai di tempat kerja, mesti dia ada kat situ.

Apa nak buat supaya hal ni tak berpanjangan? Anda ada beberapa pilihan untuk mencari ketenangan supaya bebas dari stress. Pilihan pertama, bertukar majikan.

Pilihan kedua, beralih tempat kerja, walaupun di bawah majikan yang sama. Tukar departmen atau tukar jabatan saja.

Pilihan ketiga, berniaga sendiri. Mulakan secara kecil-kecilan dulu, untuk menampung kos hidup dan untuk menyimpan sedikit. Berniagalah apa saja, janji ramai orang mahu. Misalnya, jika dunia ini sejuk, jadikanlah api sebagai pernigaan.

Marah bila dilawan dengan marah, makin besar nyalanya, makin panas bahangnya. Jika Anda stress sebab perangai kawan di tempat kerja Anda, memang susah untuk Anda nak elak. Jika Anda bergaduh dengan dia sebab tak puas hati dengan perangainya, tak ada apa-apa yang akan selesai. Seboleh mungkin, elakkan bergaduh atau perang mulut.

Cara lain, fokus pada apa yang Anda mahu, bukan apa yang membuat Anda stress.

Anda mahu buat kerja dengan tenang. jadi, fokuskan sepenuh tenaga fikiran ke situ. Usah layan stress, tapi layanlah kemahuan membara mahu bekerja dengan penuh ketenangan. Apa yang kita fokuskan, apa yang kita fikirkan selalu, itulah yang akan kita dapat.

 

One Response to “Menangani Stress Sebab Perangai Kawan Satu Kerja”

  1. Awg Lam Says:

    Saya sangat setuju dengan Artikel yang dihantar ole En. Sarianshah, bak kata pepatah melayu Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, 1bangsa, 1budaya, 1tekad membawa berkat, Saya ingin berkongsi mutira kata yang sering bermain2 difikiran saya iaitu, “Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
    Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

    Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.”, sekian terima kasih..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s