PPUMS’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

SEMBANG-SEMBANG PPUMS December 24, 2008

Filed under: S/U Corner — ppums08 @ 1:26 am
Tags:

Rakan-rakan yang dihormati,
Mulai Disember 2008 ini kita wujudkan ruangan SEMBANG-SEMBANG PPUMS sekadar membuka ruang untuk melontar idea, pandangan, komen dan input yang berguna untuk dikongsi bersama. Ianya telah mendapat perkenan Tuan Presiden kita, En. No’man Hj. Ahmad secara lisan.

Sebagai permulaan Jom sembang tentang
penempatan Penolong Pendaftar (PP). Apa pandangan anda berhubung penempatan PP yang telah dilaksanakan di UMS sepanjang ia diwujudkan? Sila klik di ruangan “comment” untuk memberikan pandangan / komen anda.
Sekian, terima kasih.

S/U PPUMS

 

2 Responses to “SEMBANG-SEMBANG PPUMS”

  1. Tahniah dengan inisiatif ini. Mungkin kita nak dengar cerita monyet daripada saudara Haznain. Tapi bagi yang pernah dan selalu menerima arahan pertukaran, saya ucapkan selamat maju jaya dalam jabatan baru.

    Orang kata Jauh Perjalanan Luas Pandangan. Mungkin dalam kes pegawai di UMS ini, Banyak Pertukaran, Luas Pengalaman.

    Selamat menyambut tahun baru hijrah dan masihi.

    Assalamaualaikum.

  2. jdBPK Says:

    Salam Perpaduan buat semua.

    Penempatan pegawai merupakan langkah bagi memantapkan lagi pentadbiran UMS. Selain mengambilkira faktor pengalaman, mungkin pihak pengurusan juga melihat kepada kemahiran seseorang pegawai. Justeru, itu selaku salah seorang PP yang terlibat, saya melihat perkembangan ini sebagai suatu yang sihat dan baik kepada organisasi.

    Cuma saya ingin mencadangkan agar BPK diterajui oleh PPK, sepertimana sebelumnya. Pandangan ini saya berikan dengan penuh rasa keinsafan setelah mengambilkira BPK adalah antara nadi utama UMS dengan masyarakat luar khususnya. InsyaAllah saya tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada PPK yang akan dilantik kelak.

    Saya juga mengambil kesempatan ini menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi terimakasih kepada pihak pengurusan, khususnya kepada Presiden PPUMS di atas kepecayaan memangku tugas yang amat mencabar ini.

    Saya juga tidak lupa memanjangkan ucapan terimakasih kepada sokongan moral rakan-rakan pegawai di UMS.

    Salam dari saya dan warga BPK.

    jdBPK.


Leave a reply to jdBPK Cancel reply